APA YANG PERLU ANDA TAHU SEBELUM MEMOHON
  • Sebelum memohon untuk membeli kediaman PR1MA, anda perlu melengkapkan pendaftaran secara online melalui laman web rasmi kami. Pastikan nombor telefon bimbit dan alamat emel anda yang didaftarkan adalah yang terkini serta aktif.
  • Semua permohonan untuk membeli hanya boleh dilakukan melalui laman web rasmi PR1MA. Pihak PR1MA tidak pernah melantik sebarang ejen atau wakil untuk menjual atau membuat tempahan. PRIMA juga tidak menerima deposit atau bayaran pendahuluan untuk permohonan.
  • Pemilik kediaman PRIMA haruslah mendiami kediaman PRIMA mereka dan akan dikenakan moratorium selama 5 tahun.
  • Pemilik kediaman PRIMA haruslah mendiami kediaman PRIMA mereka dan akan dikenakan moratorium selama 5 tahun. Ini bermaksud pemilik tidak boleh menjual, menyewa atau menukar hak milik kediaman PR1MA selama 5 tahun dari tempoh pemilikan.
  • Semua kandungan lukisan projek ini adalah berdasarkan tanggapan artis. Segala maklumat di dalam ini adalah tertakluk pada perubahan tanpa pemberitahuan awal jika sebarang perubahan dikehendaki oleh pihak berkaitan, arkitek pemaju atau ejen dilantik serta tidak boleh digunakan sebagai tawaran.