Logo

KELAYAKAN

Berikut merupakan kriteria asas untuk menjadi pemilik kediaman PR1MA. Untuk mengetahui jika anda layak memohon, hanya tandakan kotak yang berkaitan dengan anda:

Saya layak untuk memohon. Saya ingin langkau dan mendaftar sekarang.

Jadilah sebahagian daripada PR1MA hari ini

Hanya dengan 9 langkah mudah untuk menjadi pemilik kediaman PR1MA.

1

PENDAFTARAN

Buka akaun anda di www.pr1ma.my Lengkapkan pendaftaran mudah PR1MA dengan segera untuk mendapatkan nombor rujukan PR1MA.

2

PELANCARAN

Anda akan dimaklumkan mengenai pelancaran projek-projek PR1MA di lokasi pilihan anda. Projek yang dilancarkan akan turut diiklankan di dalam media.

3

PERMOHONAN

Anda perlu memohon projek kediaman PR1MA yang telah dibuka untuk permohonan kerana pengundian tidak akan dilakukan secara automatik.

4

PENGUNDIAN

Proses cabutan undi secara telus dan terbuka akan dijalankan untuk pemohon yang memenuhi syarat kelayakan.

5

PEMILIHAN UNIT

Anda akan dijemput untuk menghadiri sesi Pemilihan Unit dan anda boleh memilih unit pilihan anda bergantung kepada kekosongan.

6

PEMBIAYAAN

Program Pemudah Cara Pemilikan Kediaman PR1MA merupakan skim yang menawarkan pakej pembiayaan untuk memiliki kediaman PR1MA dengan mudah.

 

PEMBIAYAAN

Pilih pakej pembiayaan yang paling sesuai dengan anda melalui panel bank PR1MA.

SKIM RENT-TO-OWN

Sekiranya permohonan pinjaman anda ditolak oleh bank panel kami, anda boleh dipertimbangkan untuk menyertai skim Rent-to-Own.

CARE BY PR1MA

Nikmatilah perlindungan insurans kediaman yang lebih menarik dengan CARE BY PR1MA.

SKIM PEMBIAYAAN AKHIR PR1MA

Ciri-ciri utama skim ini merangkumi pembayaran berperingkat, akses kepada Akaun 2 KWSP bagi tujuan perumahan dan pengecualian duti setem bagi Perjanjian Jual Beli (SPA) dan Perjanjian Pembiayaan (Loan Agreement).
7

PERJANJIAN JUAL BELI

Perjanjian Jual Beli (SPA) akan ditandatangani antara Pemaju, iaitu PR1MA dan anda sebagai Pembeli kediaman tersebut.

8

PENYERAHAN PEMILIKAN KOSONG

Setelah pembinaan rumah siap dan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) diperolehi, rumah akan diserahkan secara rasmi sekaligus menjadikan anda pemilik kediaman PR1MA.

NOTA