Logo

Skim Pembiayaan Fleksibel (SPEF)

Apakah Skim Pembiayaan Fleksibel?

Skim eksklusif bagi pembeli kediaman PR1MA yang menawarkan pakej pinjaman menyeluruh merangkumi:

Skim Pembiayaan Fleksibel (SPEF) diperkenalkan khusus untuk pembeli kediaman PR1MA, juga membolehkan pembeli yang layak, membayar ansuran bulanan pinjaman rumah yang lebih rendah daripada pinjaman biasa.

Bank yang terlibat

Skim pembiayaan ini adalah kerjasama antara Bank Negara Malaysia (BNM), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan empat bank tempatan iaitu Maybank, CIMB, RHB dan AmBank.

SPEF adalah pembiayaan berperingkat atau pembiayaan berperingkat dengan pengeluaran Akaun 2 KWSP di mana dalam tempoh 5 tahun pertama, hanya faedah yang perlu dibayar. Pembayaran bagi jumlah pokok hanya dibuat pada tahun ke-6 sehingga pembayaran pinjaman selesai. Pilihan pembiayaan berperingkat beserta dengan pengeluaran dari Akaun 2 KWSP bermaksud para pembeli kediaman PR1MA memperolehi akses kepada jumlah pinjaman yang lebih tinggi.

Kelebihan Skim SPEF