Logo

PENDEDAHAN MAKLUMAT (WHISTLEBLOWING)

Kenyataan Polisi

Perbadanan PR1MA Malaysia ( "PR1MA" atau "Perbadanan") dan anak - anak syarikatnya ( "Kumpulan") komited kepada nilai - nilai ketelusan, integriti, kesaksamaan dan akauntabiliti dalam menjalankan perniagaan dan hal ehwalnya. PR1MA menjangkakan salah laku seperti penipuan, rasuah, salah laku kewangan dan salah urus yang serius perlu dilaporkan dan ia perlu dipermudahkan melalui mekanisme dalaman.

Objektif

Polisi ini diwujudkan bagi memudahkan pendedahan salah laku dibuat seawal mungkin untuk melindungi pemberi maklumat daripada tindak balas pesalah akibat daripada pendedahan yang dibuat oleh pemberi maklumat. Ia juga bertujuan untuk berlaku adil kepada pemberi maklumat dan orang yang didakwa melakukan kesalahan.

Skop

Polisi ini adalah untuk semua pekerja PR1MA atau orang melaksanakan perkhidmatan untuk PR1MA atau orang awam yang mengetahui atau menyedari apa - apa salah laku yang telah berlaku atau yang akan berlaku dalam Perbadanan PR1MA Malaysia dan anak - anak syarikatnya dan digalakkan untuk membuat pendedahan maklumat dengan mengikut prosedur seperti yang dinyatakan di sini.

Saluran Pelaporan

Pendedahan boleh dibuat melalui mana – mana saluran pelaporan berikut secara sulit:

  • E-mel kepada whistle.blowing@pr1ma.my; atau
  • E-borang yang disediakan di www.pr1ma.my/pendedahanmaklumat/e-borang; atau
  • Secara bertulis dan hantar menggunakan sampul surat yang ditutup rapi kepada Pengerusi Audit & Risk Management Committee (ARMC), 7th Floor, Block F, No. 2, Jalan PJU 1A/7A, Oasis Square, Oasis Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor. Di atas sampul surat perlu dilabelkan seperti "Hanya dibuka oleh Pengerusi Audit & Risk Management Committee sahaja, dengan kehadiran Setiausaha Syarikat".  Borang laporan pemberi maklumat disediakan di www.pr1ma.my/pendedahanmaklumat/boranglaporanpemberimaklumat

Pekerja PR1MA hendaklah terlebih dahulu berunding atau menyuarakan kebimbangan mereka kepada penyelia mereka atau ketua unit / jabatan atau jika perlu Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA. Jika aduan atau kebimbangan mereka masih belum dapat diselesaikan, mereka boleh menggunakan mana - mana saluran pelaporan seperti yang dinyatakan di atas.

Pendedahan Identiti

Pendedahan identiti hendaklah sekurang-kurangnya mengandungi butiran berikut:

  • Nama
  • Jawatan
  • Nama Majikan (jika bukan warga kerja PR1MA)
  • Alamat Terkini
  • Nombor untuk Dihubungi
  • Sebab – sebab Aduan
  • Butiran Saksi (jika ada)
  • Dokumen Sokongan/ Bukti (jika ada)

Butiran peribadi pemberi maklumat akan dirahsiakan.

Pengurusan PR1MA tidak akan melayan sebarang kes / aduan tanpa butiran pemberi maklumat sebagaimana yang ditetapkan di atas.

Jenis – Jenis Salah Laku

Pendedahan maklumat boleh dibuat jika ia berkaitan dengan satu atau lebih daripada salah laku yang berikut:

  • penerimaan memihak;
  • rasuah atau penipuan;
  • kesalahan jenayah;
  • penyalahgunaan dana dan asset – asset PR1MA;
  • salah urus yang serius berlaku di dalam PR1MA;
  • salah urus kewangan yang serius;
  • melanggar kod etika PR1MA yang serius;
  • sesuatu perbuatan atau pengabaian yang boleh mewujudkan bahaya besar khususnya kepada nyawa, kesihatan atau keselamatan pekerja PR1MA, orang ramai atau alam sekitar;
  • kegagalan untuk mematuhi peruntukan akta – akta lain di dalam Akta Parlimen di mana pesalah secara sedar mengabaikan atau tidak mematuhi apa – apa yang terkandung dalam peruntukan; dan
  • sengaja mengarahkan atau menasihati seseorang untuk melakukan mana-mana salah laku seperti di atas.

Perlindungan Kepada Pemberi Maklumat

Pemberi maklumat yang memdedahkan suatu salah laku dengan niat yang baik dan berdasarkan alasan yang munasabah akan diberi pelindungan daripada tindakan balas oleh pesalah akibat langsung daripada pendedahan yang dibuat oleh pemberi maklumat dan identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan dan dilindungi.

Akibat Pendedahan Palsu

Jika pemberi maklumat telah atau didapati membuat pendedahan palsu:

  • Jika pekerja PR1MA, tindakan disiplin akan diambil oleh Jabatan Sumber Manusia PR1MA.
  • Jika bukan pekerja PR1MA, pengurusan PR1MA boleh merujuk kepada pihak berkuasa yang berkaitan seperti Polis untuk tindakan selanjutnya

Pemberitahuan Mengenai Hasil Pendedahan

Pemberi maklumat akan dimaklumkan mengenai status pendedahan mereka setakat yang semunasabahnya dapat dilaksanakan.

Carta Prosedur Pendedahan Maklumat