Logo

PR1MA COMMUNICATIONS SDN BHD

GAMBARAN KESELURUHAN KORPORAT

PR1MA Communications Sdn Bhd (PR1MA Comm) ialah anak syarikat milik penuh Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) yang ditubuhkan di bawah Akta PR1MA 2012 untuk merancang, membangun, membina dan menyelenggara  perumahan berkualiti berkonsepkan gaya hidup untuk golongan berpendapatan sederhana di bandar dan luar bandar.

PR1MA Comm dipertanggungjawabkan untuk menyediakan perkhidmatan berkaitan IT dan telekomunikasi di kesemua pembangunan PR1MA yang merangkumi PR1MA Homes dan lain-lain kediaman dan komersial dibawah kendalian PR1MA di seluruh negara.  Kesemua pembangunan PR1MA dilengkapi dengan infrastruktur jalur lebar berkelajuan tinggi untuk akses internet.  Ia menggunakan Teknologi FTTx (Fibre-To-The-Home, Fibre-To-The-Office) dan meliputi pelbagai jenis unit kediaman, blok komersial, fasiliti dan lain-lain kawasan komersial dan perkhidmatan berkaitan PR1MA.  

PR1MA Comm adalah pembekal telekomunikasi berlesen bagi Pembekal Perkhidmatan Rangkaian, Pembekal Fasiliti Rangkaian, Pembekal Perkhidmatan Aplikasi Dalaman dan lesen ASP daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).  PR1MA Comm akan memastikan pembangunan PR1MA dilengkapi dengan infrastruktur rangkaian fiber optik yang stabil dan terkini, menghubungkan dan menyampaikan perkhidmatan untuk Triple/Quad Play seperti Internet Berkelajuan Tinggi, Voice over IP, TV Internet dan lain-lain perkhidmatan berkaitan IP dimasa akan datang.
 

MENGHUBUNGKAN KOMUNITI PR1MA DENGAN INFORMASI DAN PENGETAHUAN

PR1MA bukan hanya berperanan untuk membina rumah.  PR1MA  juga bertanggungjawab untuk mengadakan kediaman komuniti yang selamat dan terjamin selain menggalakkan kerharmonian, penglibatan dan kerjasama antara komuniti.  PR1MA Comm akan memastikan semua rumah PR1MA dihubungkan rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi yang tidak langsung dapat menyediakan akses penuh kepada informasi dan pengetahuan, mendorong kepada perkongsian idea dan informasi, serta membawa bersama komuniti yang merata dari sudut geografi kepada satu rangkaian komuniti maya yakni Komuniti Maya PR1MA.


INOVASI YANG BERTERUSAN

Kami sentiasa mengadakan pembaharuan melalui perlaksanaan perkhidmatan dan penyelesaian ICT yang baru untuk meningkatkan kualiti kehidupan komuniti PR1MA dengan bantuan kemajuan teknologi. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pr1macomm.my