Logo

Dasar Privasi


1.1 Perkongsian Maklumat
 
PR1MA hanya akan berkongsi maklumat peribadi yang dikumpulkan bersama syarikat lain atau individu di luar organisasi dalam keadaan yang terbatas berikut:
 
1.1.1 : kami mendapat kebenaran anda;
 
1.1.2 : kami memberi maklumat tersebut kepada anak syarikat kami, syarikat gabungan kami atau agensi kerajaan atau orang lain bagi tujuan pemprosesan maklumat peribadi dan analisa bagi pihak kami. Kami mengkehendaki pihak ini bersetuju untuk memproses maklumat tersebut berdasarkan arahan kami dan menurut pematuhan Dasar Privasi ini dan apa-apa langkah kerahsiaan dan keselamatan lain yang sesuai;
 
1.1.3 : Kami mempunyai kepercayaan penuh bahawa akses, penggunaan, pemeliharaan atau pendedahan maklumat tersebut secara munasabahnya adalah perlu untuk:
 
   1.1.3.1 : mematuhi apa-apa undang-undang, peraturan, proses undang-undang yang berkaitan atau permintaan kerajaan yang boleh dikuatkuasakan;
 
   1.1.3.2 : menguatkuasakan Terma dan Syarat yang boleh diguna pakai, termasuk penyiasatan kemungkinan pelanggarannya;
 
   1.1.3.3 : mengesan, mencegah, atau selainnya menangani isu penipuan, keselamatan atau teknikal; atau
 
   1.1.3.4 : melindungi daripada kemudaratan terhadap hak, harta atau keselamatan PR1MA, penggunanya atau orang awam seperti yang dikehendaki atau dibenarkan oleh
undang-undang.
 
2.1 Keselamatan Maklumat
 
2.1.1 : PR1MA mengambil langkah keselamatan yang sewajarnya untuk melindungi daripada akses tanpa kebenaran atau pengubahan, pendedahan atau pemusnahan data tanpa kebenaran. Ini termasuk semakan dalaman terhadap amalan
pengumpulan, penyimpanan dan pemprosesan data kami dan langkah keselamatan, termasuk langkah penyulitan dan keselamatan fizikal yang sewajarnya untuk melindungi daripada akses tanpa kebenaran ke sistem tempat kami menyimpan data peribadi.
 
2.1.2 : Kami membataskan akses kepada maklumat peribadi kepada kakitangan PR1MA, kontraktor dan pihak ketiga yang perlu mengetahui maklumat itu untuk memprosesnya bagi pihak kami. Entiti ini terikat dengan obligasi kerahsiaan dan boleh dikenakan tindakan disiplin, termasuk penamatan dan pendakwaan jenayah jika mereka gagal memenuhi obligasi ini.
 
3.1 : Penguatkuasaan
 
3.1.1 : PR1MA menyemak pematuhan Dasar Privasinya secara tetap. Apabila PR1MA menerima aduan bertulis secara formal, ia menjadi dasar kami untuk menghubungi pengguna yang membuat aduan berhubung dengan masalahnya.
 
3.1.2 : PR1MA akan bekerjasama dengan pihak berkuasa kawal selia yang sewajarnya, termasuk pihak berkuasa perlindungan data, untuk menyelesaikan apa-apa aduan berhubung dengan pemindahan data peribadi yang tidak dapat diselesaikan antara PR1MA dengan individu atau organisasi.
 
4.1 Perubahan pada Dasar Privasi ini
 
4.1.1 : Sila ambil perhatian bahawa Dasar Privasi ini boleh berubah dari semasa ke semasa.
 
4.1.2 : PR1MA tidak akan mengurangkan hak anda di bawah Dasar Privasi ini tanpa kebenaran jelas anda.
 
4.1.3 : PR1MA akan memaparkan apa-apa perubahan Dasar Privasi pada halaman ini dan, jika terdapat perubahan yang ketara, PR1MA akan memberi notis yang lebih menyerlah atas dasar terbaik yang boleh (termasuk, untuk perkhidmatan tertentu, pemberitahuan melalui e-mel tentang perubahan Dasar Privasi).