Petaling Jaya – Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) ingin memaklumkan dua kes positif COVID-19 telah dikesan melibatkan dua individu yang merupakan warga kerja PR1MA.
Kedua-dua individu ini sedang menerima bantuan perubatan sejak disahkan positif pada 24 Mac 2021. Rekod kehadiran terakhir ke pejabat bagi kedua individu ini adalah pada 19 Mac 2021 dan 23 Mac 2021.
PR1MA juga sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam memastikan semua tindakan bagi mencegah penyebaran pandemik COVID-19 dilaksanakan dengan segera.
Untuk mengurangkan risiko jangkitan, PR1MA telah mengarahkan kakitangan yang merupakan kontak rapat disaring mengikut kategori. Selain itu, pejabat PR1MA di Ara Damansara telah memulakan proses sanitasi pada hari ini dan pejabat juga akan ditutup pada 25 Mac 2021 sebagai langkah mengurangkan risiko jangkitan dan seterusnya memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 di tempat kerja.
Keselamatan warga kerja dan para pelanggan adalah keutamaan kami di PR1MA. Kami akan memaklumkan sebarang informasi terkini melalui saluran komunikasi rasmi PR1MA. Sama-sama kita memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan PR1MA di 03-7628 9898 (tutup pada cuti umum Negeri Selangor) atau e-mel kepada [email protected]
-Tamat-